TEMA 5 - EKOLOGI
KONSEP EKOLOGI
Hubungan antara organisma hidup
dengan alam persekitarannya.
KONSEP EKOSISTEM
1. Hubungan
antara saling berinteraksi antara komponen biotik dan komponen abiotik.
2.
Komponen biotik / hidupan - pengeluar, pengguna dan pengurai.
3.
Komponen abiotik / bukan hidup - udara, air mineral, tanah, oksigen dan
lain-lain.
KOMPONEN ASAS EKOSISTEM
Struktur biotik
Benda hidup terdiri drp 3 kompenan utama:-
1.
Pengeluar
-
tumbuhan hijau.
2.
Pengguna
-
Herbivor (haiwan yang memakan tumbuhan).
-
Karnivor (haiwan yang memakan daging).
-
Omnivor (haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan).
3.
Pengurai
-
Organisma yang menguraikan bahan organik yang mati.
-
Terdiri daripada bakteria, saprofit dan kulat.
Struktur abiotik
Benda bukan hidup yang boleh dibahagikan kepada 2
kumpulan iaitu:-
1.
Sumber nutrien – Cth: karbon dioksida, nitrogen, fosfat
dan lain-lain.
2.
Sumber tenaga – Cth: matahari
EKOSISTEM DARATAN
Komponen
biotik dan abiotik.
Komponen biotik terdiri daripada:-
1.
Komuniti tumbuhan
2.
Komuniti haiwan
3.
Komuniti mikroorganisma
Komponen abiotik seperti kuantiti air, suhu, tanih,
dan bentuk muka bumi kawasan persekitarannya.
- Tumbuhan adalah pengeluar utama
dan membekalkan tenaga kepada haiwan dan tumbuhan parasit.
- Hidupan sebagai pengguna memperolehi makanan
dan tenaga dari tumbuhan.
- Tumbuhan dan haiwan apabila
mati akan menjadi punca bekalan tenaga utama kepada pengurai.
- Pengurai menukar bahan mati
menjadi humus yang kaya dengan mineral yang akan menjadi
unsur untuk tumbuhan
membesar.
EKOSISTEM AKUATIK
Komponen abiotik (tenaga suria, air, tanih, lautan
mineral, suhu)
Komponen biotik (tumbuhan hijau, fitoplankton,
zooplankton, ikan, udang, bakteria, kulat)
Pengeluar
- tumbuhan hijau
-
fitoplankton
Pengguna
primer
- zooplankton
Pengguna sekunder
-
ikan
Pengguna
tertier
- kura-kura
Pengurai
-
bakteria dan kulat
RANTAIAN MAKANAN DALAM EKOSISTEM
-
Saluran / aliran tenaga dalam ekosistem.
-
Mempunyai peringkat-peringkat pengguna.
-
Makanan digunakan oleh kompenan dalam ekosistem untuk meneruskan kehidupannya.
-
Terdapat 5 peringkat iaitu
:-
i.
Pengeluar
ii.
Pengguna primer
iii.
Pengguna sekunder
iv.
Pengguna tertier
v.
Peringkat puncak
SIRATAN MAKANAN
-
Gabungan beberapa rantaian makanan.
-
Pertalian makanan di antara beberapa habitat.
ALIRAN TENAGA SIRATAN MAKANAN
RANTAIAN MAKANAN DALAM EKOSISTEM
- Saluran / aliran tenaga dalam ekosistem.
- Mempunyai peringkat-peringkat pengguna.
- Makanan digunakan oleh kompenan
dalam ekosistem untuk meneruskan kehidupannya.
- Terdapat 5 peringkat iaitu :- i.
Pengeluar
ii. Pengguna primer
iii. Pengguna sekunder
iv. Pengguna tertier
v. Peringkat puncak
SIRATAN MAKANAN
- Gabungan beberapa rantaian makanan.
- Pertalian makanan di antara beberapa habitat.
ALIRAN TENAGA YANG BERLAKU DALAM RANTAIAN
MAKANAN
1. Tenaga haba terus dari
matahari kepada pengeluar / tumbuhan hijau untuk proses fotosintesis.
Tenaga di simpan
oleh tumbuhan dalam bentuk karbohidrat, protein, lemak, dan asid
tumbuhan
dalam daun, bunga,
buah dan sebagainya.
2. Tenaga kimia dan haba
dipindahkan dari pengeluar / tumbuhan ke pengguna primer.
Contoh: beluncas.
Contoh: beluncas.
3. Tenaga kimia (beluncas)
dipindahkan ke pengguna sekunder (burung pipit) ke pengguna tertier
(burung helang). Pada masa yang sama tenaga haba akan dibebaskan.
(burung helang). Pada masa yang sama tenaga haba akan dibebaskan.
4. Pengeluar dan pengguna mati dan
mereput - organisma pengurai (bakteria dan kulat) memperolehi
tenaga kimia dan disimpan dalam nutrien tanah yang kelak akan digunakan kembali oleh pengeluar.
tenaga kimia dan disimpan dalam nutrien tanah yang kelak akan digunakan kembali oleh pengeluar.
ALIRAN TENAGA
SIRATAN MAKANAN
KITAR NITROGEN
1.
Kitar nitrogen penting dalam pertanian.
2.
Bekalan nitrogen dalam atmosfera yang diperlukan oleh organisma hidup dalam
sesebuah
ekosistem datangnya dari 2 sumber penting iaitu bakteria dan alga pengikat nitrogen.
ekosistem datangnya dari 2 sumber penting iaitu bakteria dan alga pengikat nitrogen.
3.
Nitrogen diperolehi daripada najis dan buangan organisma hidup
(perkumuhan) dan daripada pereputan bangkai
haiwan.
4. Gas
nitrogen memasuki rantaian makanan melalui akar-akar tumbuhan dalam
bentuk ammonia
atau nitrat.
atau nitrat.
5.
Nitrogen dikumuhkan keluar melalui air kencing haiwan dan apabila
hutan-hutan / tumbuhan
dibakar, di mana nitrogen akan dibebaskan ke udara dalam bentuk gas nitrogen.
dibakar, di mana nitrogen akan dibebaskan ke udara dalam bentuk gas nitrogen.
6. Hasil
perkumuhan haiwan mengandungi nitrogen boleh ditukarkan oleh organisma seni
menjadi
bentuk amino dan boleh diuraikan dari molekul-molekul organik lalu menghasilkan ammonia.
bentuk amino dan boleh diuraikan dari molekul-molekul organik lalu menghasilkan ammonia.
7. Bakteria
nitrosomonas boleh mengoksidakan ammonia menjadi nitrit. Tindak balas ini
berlaku
di dalam tanah/di dalam air asalkan terdapat ammonia dan oksigen.
di dalam tanah/di dalam air asalkan terdapat ammonia dan oksigen.
8. Bakteria
nitrobacter mencantumkan nitrit dengan air dan menghasilkan nitrat.
9. Gas
nitrogen dalam udara ditukarkan kepada bentuk oksida melalui kilat. Apabila gas
nitrogen
terkena kilat ia menjadi nitrogen oksida dan bercantum dengan air menghasilkan nitrat.
terkena kilat ia menjadi nitrogen oksida dan bercantum dengan air menghasilkan nitrat.
10.
Bakteria, kulat dan alga biru hijau berperanan penting untuk kitaran nitrogen.
Mikoorganisma
ini berkeupayaan untuk mendapatkan gas nitrogen dalam udara dan mencantumkannya dengan
ini berkeupayaan untuk mendapatkan gas nitrogen dalam udara dan mencantumkannya dengan
gas hidrogen menghasilkan ammonia.
11.Gas
amonia akan dikumuh keluar oleh mikroorganisma dan tertinggal di dalam tanah.
Ammonia
dan nitrat di dalam tanah mudah di larutkan di dalam air tanah dan mengalir bersama-sama
aliran air bawah tanah menuju ke sungai, tasik, kolam dan sebagainya..
dan nitrat di dalam tanah mudah di larutkan di dalam air tanah dan mengalir bersama-sama
aliran air bawah tanah menuju ke sungai, tasik, kolam dan sebagainya..
KITAR OKSIGEN DAN KITAR
KARBON DIOKSIDA
1.
Kitar oksigen berlaku menerusi proses pernafasan / respirasi haiwan dan manusia
dengan
proses fotosintesis oleh tumbuhan.
proses fotosintesis oleh tumbuhan.
2. Oksigen dibekalkan terus dari
atmosfera untuk pernafasan haiwan dan manusia. Proses
pernafasan / respirasi haiwan dan manusia akan membebaskan karbon dioksida ke atmosfera.
pernafasan / respirasi haiwan dan manusia akan membebaskan karbon dioksida ke atmosfera.
3. Karbon
dioksida dibebaskan oleh haiwan digunakan tumbuhan hijau
(fotosintesis) -
tumbuhan membebaskan kembali oksigen ke atmosfera - digunakan oleh haiwan dan manusia. Proses ini berterusan / berkitaran dan berlaku seimbang.
tumbuhan membebaskan kembali oksigen ke atmosfera - digunakan oleh haiwan dan manusia. Proses ini berterusan / berkitaran dan berlaku seimbang.
4. Okigen terikat dalam karbon dioksida semasa
pernafasan haiwan dan manusia. Dalam fotosintesis karbon dioksida diikat dan
digunakan oleh tumbuhan untuk membebaskan oksigen. Oksigen digunakan
dalam pembakaran bahan api fosil seperti penggunaan petroleum dalam
kenderaan lalu membebaskan
karbon dioksida.
PERANAN DAN KEPENTINGAN EKOSISTEM
HUTAN HUJAN TROPIKA
Kepentingan kepada manusia
1.
Ekonomi tradisional seperti masyarakat orang asli.
2.
Sektor pembalakan.
3.
Sektor pelancongan spt hutan lipur, air terjun dan kepelbagaian spesis flora
dan fauna.
4.
Memajukan industri yg berkaitan dengan sumber hutan.
5.
Kawasan tadahan air.
Kepentingan kepada alam sekitar
1.
Habitat pelbagai spesis biologi.
2.
Haiwan membentuk lingkungan populasi dan meneruskan generasinya.
3.
Mengawal rantaian makanan.
4.
Perlindungan daripada hakisan tanah.
5.
Menyekat dan memperlahankan halaju larian air permukaan.
6.
Keseimbangan kitar hidrologi.
7.
Storan air / kawasan tadahan air yang paling berkesan.
8.
Berlakunya proses transpirasi yang berkesan untuk membebaskan wap-wap air ke
udara.
9.
Mengurangkan kelajuan angin, mengekalkan kelembapan udara dan menyederhanakan suhu sekitar.
KEPENTINGAN EKOSISTEM HUTAN PAYA
BAKAU
1.
Menstabilkan muara sungai dan pesisir pantai.
2.
Mengurangkan hakisan pantai iaitu berfungsi sbg zon penampan semulajadi.
3.
Menapis bahan pencemar.
4.
Menjadi habitat pelbagai jenis hidupan air dan daratan.
5.
Mengekal keseimbangan oksigen dan karbon dioksida.
6.
Sumber ekonomi penduduk.
7.
Ekopelancongan.
KAITAN SISTEM EKOLOGI DENGAN MANUSIA
Bagaimana ekosistem hutan hujan tropika terganggu :-
Penyahutanan secara semulajadi
1.
Kebakaran hutan.
2.
Bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi.
Penyahutanan oleh aktiviti manusia
1.
Menerusi pembinaan empangan hidroelekrik.
-
Penebangan dan pembersihan hutan.
-
Projek janakuasa hidroelektrik.
2.
Pembalakan tanpa kawalan.
3.
Pertanian.
-
Pembukaan tanah baru.
-
Aktiviti pertanian pindah.
4.
Pembinaan infrastruktur seperti lebuh raya, kabel elektrik.
KESAN KEMUSNAHAN EKOSISTEM HUTAN
HUJAN TROPIKA
Kesan terhadap alam sekitar fizikal
1.
Kemusnahan habitat flora dan fauna.
-
Penghijrahan spesis.
-
Kerosakan ekosistem.
-
Spesis flora dan fauna kepupusan / kemusnahan.
2.
Peningkatan suhu mikro.
-
Peningkatan suhu setempat.
-
Pengurangan kelembapan udara.
-
Tiupan angin yang lebih kencang.
3.
Hakisan dan tanah runtuh.
-
Percepatkan proses luluhawa dalaman, hakisan percikan dan larian air permukaan.
4.
Pencemaran air.
5. Banjir.
5. Banjir.
Kesan terhadap manusia
1.
Kekurangan sumber makanan.
-
Masyarakat orang asli menghadapi krisis bekalan makanan.
2.
Mengurangkan sumber kayu balak.
3.
Kemerosotan kesuburan tanih.
4.
Mengurangkan bekalan oksigen.
5.
Menjejaskan bekalan air.
LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN HUTAN
YANG BERKEKALAN
1.
Pengurusan hutan melalui konsep pembangunan lestari (kekal dalam keadaan asal).
-
Adunan pembangunan/kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
daripada musnah.
2.
Langkah perundangan.
-
Dasar Perhutanan Negara 1978.
-
Mengisytiharkan hutan simpan kekal.
-
Usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D).
-
Melaksanakan program latihan perhutanan.
KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP EKOSISTEM TASIK
Bagaimana ekosistem tasik
terjejas
1.
Penebusgunaan tasik- taman rekreasi
2.
Pertanian dan penternakan iaitu penggunaan racun kimia sektor pertanian.
3.
Industri- pembuangan sisa toksid
4.
Pelancongan- pembinaan chalet, resort, hotel
5.
Pembangunan pesat pembandaran- sisa domestik
6.
Pembangunan sektor perlombongan dan tenaga- sisa perlombongan.
Langkah-langkah bagaimana bagi
mengatasi masalah kemerosotan ekosistem tasik
1.
Perundangan – Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
2.
Pengurusan – rawatan air dan sisa kumbahan
3.
Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar
- Jabatan kerajaan, NGO, PBT, Pihak swasta.
SOALAN LATIHAN UNTUK PERBINCANGAN
1. (a). Nyatakan
unsur biotik dan abiotik dalam ekosistem hutan hujan tropika.
[5]
(b). Dengan bantuan gambar rajah, huraikan rantaian makanan bagi
ekosistem hutan hujan tropika.[10]
(c ). Huraikan bagaimana aktiviti manusia menjejaskan ekosistem hutan
hujan tropika. [10]
2. (a) Apakah yang dimaksudkan
dengan autotrof?
[5]
(b) Huraikan proses aliran tenaga dalam siratan makanan bagi ekosistem tasik.
[10]
(c) Jelaskan lima aktiviti manusia yang boleh mengganggu
ekosistem tasik. [10]
TEMA 6 SALING BERGANTUNGAN ANTARA SISTEM
CONTOH SOALAN
DAN JAWAPAN.
1 a) Beri
maksud konsep pemeliharaan alam sekitar. [5]
Pemeliharaan –
usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan pertubuhan tertentu bagi
melindungi
alam sekitar yang sedia ada dari musnah demi kepentingan generasi akan datang.
b) Huraikan dua contoh kaedah pemeliharaan alam sekitar. [4]
alam sekitar yang sedia ada dari musnah demi kepentingan generasi akan datang.
b) Huraikan dua contoh kaedah pemeliharaan alam sekitar. [4]
i. Taman Negara
Taman Negara
telah diwartakan oleh kerajaan sebagai rizab di mana aktiviti
penebangan
pokok dan perburuan diharamkan sama sekali di kawasan tersebut. Langkah ini diambil
bertujuan melindungi flora dan fauna di kawasan tersebut. Contoh taman negara yang terdapat
di Malaysia ialah Taman Negara Kinabalu.

Hutan Simpan
Selain taman negara kerajaan juga mewujudkan hutan simpan yang berfungsi mengekalkan
Selain taman negara kerajaan juga mewujudkan hutan simpan yang berfungsi mengekalkan
flora dan
fauna di kawasan tersebut Contoh hutan simpan ialah Hutan Simpan
Endau-Rompin
di Sempadan Pahang-Johor.
di Sempadan Pahang-Johor.
iii.
Penebangan hutan secara terpilih
Untuk memastikan khazanah hutan kekal terpelihara proses penebangan secara terpilih
Untuk memastikan khazanah hutan kekal terpelihara proses penebangan secara terpilih
hendaklah
dilaksanakan. Melalui kaedah ini hanya pokok yang matang sahaja ditebang.
Dengan
cara ini pokok yang belum matang berpeluang membesar menggantikan pokok yang telah ditebang.
cara ini pokok yang belum matang berpeluang membesar menggantikan pokok yang telah ditebang.
c) Hujan asid adalah salah satu fenomena yang
wujud akibat kegagalan manusia memelihara
sistem atmosfera. Jelaskan tiga kesan fenomena hujan asid terhadap alam sekitar. [6]
sistem atmosfera. Jelaskan tiga kesan fenomena hujan asid terhadap alam sekitar. [6]
Tiga kesan hujan asid
i. Kemusnahan ekosistem hutan
Kandungan hujan asid dengan pH kurang dari 5 menyebabkan kemusnahan hutan.
Hujan asid menyebabkan pokok menjadi lemah kerana akar
pokok menjadi lemah dan tidak dapat meresap nutrien.
ii. Kemusnahan hidupan akuatik
Hujan asid yang masuk ke dalam sungai akan membunuh hidupan akuatik
seperti udang dan ikan.
Ia pernah terjadi di Sweden dan Finland.
Ia pernah terjadi di Sweden dan Finland.
iii. Aktiviti pertanian terganggu
Hujan asid menyebabkan tanih berasid
dan menjejaskan kesuburan tanih. Di India ladang gandum yang berhampiran
kawasan industri mengalami penurunan pengeluaran.
d) Jelaskan langkah kaedah bukan perundangan mendapat membendung masalah
hujan asid? [8]
Kaedah Bukan Perundangan
|
i. Penapis asap di
cerobong asap kilang
-mengurangkan masalah pencemaran.
-asap yang terbebas tidak mengandungi bahan
pencemar
|
ii. Kempen Kongsi Kereta
-mengurangkan
kenderaan di jalanraya.
- merendahkan kepekatan bahan pencemar diruang
atmosfera
|
iii. Penggunaan kenderaan
awam
-LRT,
monorail, bas.
-megurangkan bahan pencemar
|
iv. Bina kawasan industri
di kawasan luar bandar.
- kilang
Proton dipindahkan dari Shah Alam ke Tanjung Malim
|
2 a) Beri
maksud ‘saling kebergantungan antara sistem.[5]
Definisi ‘saling kebergantungan antara sistem’ ialah interaksi antara
satu sistem dengan sistem
yang lain. Ia boleh mengubah dan mengganggu alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia .
yang lain. Ia boleh mengubah dan mengganggu alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia .
b) Jelaskan faktor yang memnyebabkan kebakaran hutan. [6]
Faktor menyebabkan kebakaran hutan.
i- Faktor
semulajadi
a. Fenomena El-Nino menyebabkan cuaca panas berpanjangan lantas
mewujudkan
masalah kemarau. Cuaca yang panas ini menyebabkan daun kering di kawasan hutan
mudah terbakar. Kebakaran hutan secara meluas pernah terjadi Kalimantan,Indonesia.
masalah kemarau. Cuaca yang panas ini menyebabkan daun kering di kawasan hutan
mudah terbakar. Kebakaran hutan secara meluas pernah terjadi Kalimantan,Indonesia.
b. Letusan gunung berapi mengeluarkan lava panas yang menyebabkan
hutan mudah
terbakar.
ii- faktor manusia
a. pertanian pindah - proses tebang bakar oleh kaum
asli.
- dijalankan di kawasan
pendalaman.
b. sektor perladangan - tanaman berskala besar.
- untuk tanaman getah, kelapa sawit.
- contoh di
Indonesia.
c. kecuaian manusia - pembuangan puntung rokok atau bahan mudah terbakar semasa
musim kering.
- api mudah
merebak
c) Bagaimanakah kebakaran hutan mempengaruhi sistem atmosfera dan
sistem hidrologi? [8]
Kebakaran hutan mempengaruhi sistem:
i- Atmosfera
a) jerebu - hutan terbakar mengeluarkan asap dan partikulat terampai di
atmosfera.
- udara kering dan angin tenang membantu
mengapungkan partikulat di ruang
atmosfera.
b) hujan asid - komponen hasil pembakaran hutan seperti karbon dioksida dan
karbon monoksida
menyerap dalam wap air.
menyerap dalam wap air.
- wap air mengalami pengeluwapan dan membentuk
hujan asid.
c) peningkatan suhu global - pembebasan karbon dioksida meningkatkan kepekatan
gas rumah hijau.
- gas rumah hijau penyumbang
kepada pemanasan
global.
ii- Sistem hidrologi
a) mengurangkan sumber air bawah tanah
- mengurangkan proses susupan air bawah tanah.
- tiada akar pokok untuk meresap air ke
bawah tanah.
- air bawah tanah
berkurangan.
b) mengurangkan kerpasan
- tiada daun untuk proses sejatpeluhan.
- jumlah wap air di atmosfera berkurangan.
- awan tidak terbentuk dan sekaligus mengurangkan hujan.
d) Huraikan langkah mengurangkan masalah kebakaran hutan? [6]
Langkah mengurangkan masalah kebakaran hutan.
i- kerjasama antara negara
- kerjasama teknikal antara Malaysia, Singapura dan Indonesia.
- Malaysia dan Singapura memberi bantuan teknikal masa memadamka kebakaran di
Indonesia.
- memadamkan api dari udara menggunakan
helikopter.
ii- hujan tiruan
- membuat hujan tiruan dengan menyemburkan garam kepada awan komulonimbus.
- garam akan menarik wap air membentuk awan dan bila awan berat, terjadilah
hujan.
iii- perundangan
- tindakan perundangan kepada pertani yang menjalankan pembakaran hutan secara
terbuka.
- tujuan supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut.
- contoh : Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
iv- kempen
- kempen untuk menyedarkan masyarakat pentingnya hutan kepada manusia.
- antara kempen adalah ‘Hijaukan Bumi’.
- media: tv, akhbar, majalah, NGO. anjuran:
JAS,
NGO.
v- pendidikan
- pendidikan formal dan tidak formal.
- tujuan: mendidik pelajar tentang pentingnya hutan dalam kehidupan manusia.
- pendidikan formal: Geografi, Sains.
- pendidikan tidak formal: ceramah Alam Sekitar.
3. a) Beri maksud gempa bumi. [4]
Gempa bumi didefinisikan sebagai satu
gegaran kerak bumi akibat pelepasan tenaga dari dalam
bumi secara tiba-tiba .
b) Nyatakan sistem yang berubah akibat gempa bumi. [5]
i) sistem-sistem yang berubah akibat gempa
bumi. [2]
sistem yang berubah akibat gempa bumi
- sistem geomorfologi
- sistem
ekologi
ii) perubahan yang berlaku terhadap sistem-sistem tersebut. [3]
Perubahan yang berlaku terhadap sistem tersebut
a. sistem geomorfologi –
gelinciran/sesar
-
tanah
runtuh.
b. sistem ekologi – habitat tumbuhan
musnah
c)
Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam sekitar manusia. [8]
kesan-kesan gempa bumi terhadap alam sekitar manusia.
i- kehilangan nyawa
- bangunan runtuh menyebabkan banyak kematian.
- contoh: di
China.
ii- Kemusnahan harta benda
- rumah, bangunan perniagaan, pejabat runtuh.
iii- Kemusnahan infrastruktur
- tiang elektrik dan telefon tumbang.
- jalanraya retak, terputus.
- jambatan
runtuh.
iv- Kehilangan sumber rezeki
- premis perniagaan, industri dan kawasan
perlancongan
musnah.
v- Trauma
- gangguan emosi akibat kehilangan orang tersayang seperti ibu, bapa,
pasangan dan
anak.
vi- Wabak penyakit
- taun kerana kurang bekalan air bersih.
- bakteria dan virus dari bangkai haiwan dan mayat
manusia.
d) Jelaskan langkah-langkah yang perlu
diambil untuk mengatasi
kesan gempa bumi. (6m)
i- alat pengesan gempa bumi (siesmograf)
- kemajuan teknologi dapat mengesan kejadian gempa yang akan berlaku.
- diterokai oleh pengkaji dari Amerika Syarikat dan
Rusia.
ii- kejuruteraan bangunan yang tinggi
- membina bangunan yang kukuh dan tahan gempa iaitu mempunyai ciri-ciri
keselamatan
- sistem cerucuk
yang kuat dan tahan gegaran.
- contoh di Jepun dan
Taiwan.
iii- kurangkan pembinaan di kawasan lereng bukit
- petempatan dibina di kawasan rata.
- mengurangkan risiko runtuhan bangunan.
iv- kerjasama antarabangsa
- bantuan dari PBB.
- sumbangan dari negara-negara
lain.
KAJIAN LUAR GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL
Soalan 1.
Berdasarkan
kajian luar yang telah anda jalankan di lembangan saliran,
a) Senaraikan
jenis dan cara hakisan sungai di kawasan tersebut.
[7]
Cadangan
Jawapan:
Kajian luar
dijalankan di Sungai Pahang, Pahang.
Jenis hakisan
yang terdapat di kawasan kajian ialah hakisan mendalam, hakisan menegak
dan hakisan mengundur. Cara berlakunya hakisan ialah lagaan, lelasan, tindakan hidrual
dan larutan.
dan hakisan mengundur. Cara berlakunya hakisan ialah lagaan, lelasan, tindakan hidrual
dan larutan.
b) Huraikan
bentuk muka bumi akibat proses hakisan di kawasan
tersebut. [8]
Cadangan
Jawapan :
1. Air
terjun- di kawasan yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun dalam keadaan
mendatar
antaran batuan keras dan lembut. Batuan lembut akan mudah terhakis daripada batuan keras- batuan
keras akan mengalami rekahan- lama ke lamaan membentuk air terjun-batuan keras mampu menghalang
aliran air- pembentukan air terjun terjadi

2. Jeram
– air mengalir di kawasan yang mempunyai batuan yang tersusun secara menegak
dan berselang
seli antara batuan lembut dank keras- batuan lembut lebih dahulu dan mudah dihakis- batuan keras akan
tertonjol ke atas- aliran air tersekat dan melompat menuruni bonjolan yang keras.
seli antara batuan lembut dank keras- batuan lembut lebih dahulu dan mudah dihakis- batuan keras akan
tertonjol ke atas- aliran air tersekat dan melompat menuruni bonjolan yang keras.
3. Gaung
- lurah yang dalam terbentuk hasil dari hakisan menegak- bahagian hulu air
deras dan batuan
jenis batuan keras- hakisan menegak bertindak dengan berkesan di dasar alur dan mendalamkan dasar
sungai sehingga membentuk gaung.
jenis batuan keras- hakisan menegak bertindak dengan berkesan di dasar alur dan mendalamkan dasar
sungai sehingga membentuk gaung.
4. Lubuk
junam- lekukan yang dalam terbentuk di kaki air terjun – tindakan air
sungai melalui hakisan
mendalam dan tidankan pusaran air membentuk lubuk tersebut.
mendalam dan tidankan pusaran air membentuk lubuk tersebut.
c. Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi hasil tindakan sungai
terhadap kegiatan
manusia.
[10]
Cadangan
Jawapan :
1. Pertanian -
delta dan dataran banjir untuk penanaman padi sawah.
2. Pelancongan-
kawasan sekitar air terjun, jeram dan tasik ladam untuk berkelah, mandi- manda
dan
memancing serta berkayak.
memancing serta berkayak.
3. Menjana kuasa
hidro elektrik – di kawasan air terjun dan jeram.
4. Ternakan
ikan air tawar – di kawasan tasik ladam dan muara sungai – habitat
ikan yang susuai
dan baik- tambah pendapatan nelayan.
dan baik- tambah pendapatan nelayan.
5. Petempatan
- likuan sungai dan delta – mudah dibina kemudahan asas untuk
kelansungan hidup manusia
Soalan 2
Berdasarkan
kajian luar yang anda jalankan di sebuah kawasan tanah tinggi,
a.
( i ) Nyatakan dua proses geomorfologi yang berlaku di kawasan
tersebut. [2]
Cadangan
Jawapan :
Kawasan Kajian
luar ialah Tanah Tinggi Camaron, Pahang.
Dua proses
geomorfologi ialah tanah runtuh dan hakisan.
( ii ) Jelaskan maksud salah satu
daripada proses tersebut. [5]
Cadangan
Jawapan:
1. Tanah
runtuh pula merupakan pergerakan tanih ke bahagian bawah cerun yang
berlaku secara
tiba-tiba dan dalam gerakan yang cepat untuk dilihat kesannya disebabkan cerun yang curam atau
hampir tegak disusuli dengan tarikan graviti yang kuat dan tanih yang tepu dengan air akibat
hujan yang lebat.

2. Hakisan
merupakan proses penggondolan dan kikisan yang dialami
oleh permukaan bumiakibat
tindakan agen yang bergerak seperti air mengalir, angin dan ombak.
tindakan agen yang bergerak seperti air mengalir, angin dan ombak.
b. Jelaskan tiga faktor yang menpengaruhi
proses geomorfologi tersebut. [6]
Cadangan
Isi Jawapan :
1. Kecerunan
– kawasan antara 5° hingga 40° berlaku tarikan gravity yang amat kuat menyebab
terjadinya
tanah runtuh.- hakisan juga meningkat dikawasan yang bercerun curam.
tanah runtuh.- hakisan juga meningkat dikawasan yang bercerun curam.
2. Jumlah
hujan – kawasan khatulistiwa terutamanya, jumlah hujan banyak melebihi 2000 mm
setahun-
tanih akan tepu dengan air- air bertindak sebagai pelicin membantu pergerakan dan hakisan tanih
ke cerun bukit.
tanih akan tepu dengan air- air bertindak sebagai pelicin membantu pergerakan dan hakisan tanih
ke cerun bukit.
3. Litupan
tumbuhan – kurangnya litupan tumbuhan meningkatkan lagi hakisan dan tanah
runtuh-
tumbuhan bertindak sebagai penghalang titisan air hujan terus meresapkan dalam tanah- akar
bertindak sebagai pengikat dan mencengkam tanah.
tumbuhan bertindak sebagai penghalang titisan air hujan terus meresapkan dalam tanah- akar
bertindak sebagai pengikat dan mencengkam tanah.
4. Tindakan
manusia – aktiviti manusia seperti pertanian,dan pertempatan dicerun bukit
gaitkan lagi
pergerakan jisim- penggunaan jentera dan penanaman cerucuk konkrit -tanih terdedah kepada air
hujan - air meresap dan basah - struktur tanih tidak stabil.
pergerakan jisim- penggunaan jentera dan penanaman cerucuk konkrit -tanih terdedah kepada air
hujan - air meresap dan basah - struktur tanih tidak stabil.
c. Terangkan tiga kepentingan kawasan tanah
tinggi kepada manusia. [6]
Cadangan Isi Jawapan :
1. Ekopelancongan-
tanah tinggi semula jadi- udara nyaman- tumbuhan semula jadi yang menarik dan
unik.
2. Pertanian – tanaman
teh tanah tinggi dan tanaman udara sederhana seperti buah-buahan dan bunga
bungaan-suhu sekitar 25°C- hujan berjumlah melebihi 2000mm.
bungaan-suhu sekitar 25°C- hujan berjumlah melebihi 2000mm.
3. Kawasan tadahan
hujan – tanah tinggi berhutan tebal- punca sungai dan membekal air
untuk
kawasan sekitarnya- empangan mudah dibina contoh Empangan Sultan Abu Bakar Tanah Tinggi Cameron.
kawasan sekitarnya- empangan mudah dibina contoh Empangan Sultan Abu Bakar Tanah Tinggi Cameron.
d. Huraikan tiga kesan penerokaan tanah tinggi
terhadap alam sekitar.
Cadangan Isi Jawapan:
1. Tanah
runtuh- tanah kehilangan ikatan dan cengkaman- tepu dengan air hujan.
2. Banjir
– alur sungai cetek-penuh dengan beban yang dibawa air hujan.
3. Peningkatan
suhu- tumbuhan tiada sebagai penghalang matahari dan penyerap karbon dioksida di
udara semasa proses fotosentisis.
udara semasa proses fotosentisis.
Soalan 3
a) Terangkan satu kaedah untuk menyukat
hujan. (5)
Cadangan Jawapan
1. Alat : Tolok hujan
2. Cara menyukat:
Satu silinder logam dengan satu corong bergaris pusat
20cm atau 13cm diletakkan di kawasan lapang
dengan ketinggian rim corong 0.3 meter di atas tanah. Ukuran dibuat pada masa yang tetap di
waktu pagi dengan menuangkan air hujan yang bertakung ke dalam satu silinder bersenggat dan
diambil bacaannya. Jumlah hujan dinyatakan dalam mm.

b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi
jumlah hujan penerimaan di kawasan tersebut [10]
Nyatakan
kawasan/lokasi kajian:
1. Tempoh masa hujan-samada hujan turun secara berterusan atau
sekejap-kejap tapi dalam
tempoh yang kerap, sangat mempengaruhi jumlah hujan di kawasan ini.
tempoh yang kerap, sangat mempengaruhi jumlah hujan di kawasan ini.
2. Ciri hujan yang turun-Hujan renyai-renyai, lebat atau hujan
batu.
3. Kedudukan tempat-Lokasi kajian berada samada berhampiran
dengan lautan, pedalaman
atau kaki bukit
atau kaki bukit
4. Tiupan angin- Samada di pengaruhi oleh angin monsoon
timur laut atau tidak.
5. Musim basah atau kering-sangat mempengaruhi jumlah hujan, tempoh
basah hujan sangat
tinggi, tempoh kering sebaliknya.
tinggi, tempoh kering sebaliknya.
c) Terangkan bagaimana perubahan sumber air
mengganggu aktiviti manusia [10 ]
1.
Pertanian-Perubahan
positif-tanaman
tenggelam, rosak. Perubahan negative-tanaman musnah
akibat tidak cukup air. Mengganggu aktiviti manusia.
2.
IKS-Musim hujan menjejaskan aktiviti perjemuran
seperti batik, ikan, sotong dll.
3. Perindustrian-Musim hujan-banjir akan menjejas aktiviti
perkilangan-mesin rosak.
Mengganggu aktiviti manusia.
Mengganggu aktiviti manusia.
4.
Akuakultur-Banjir memusnahkan sangkar dan
menenggelamkan kolam, ikan terlepas.
5.
Perniagaan-Musim hujan atau banjir membantutkan
aktiviti perniagaan, proses jual beli
6.
Pengangkutan-Musim banjir-jalan raya tenggelam. Musim
kemarau-sungai cetek-bot-bot dan
perahu tidak boleh bergerak.
perahu tidak boleh bergerak.
Soalan 4
a) Jelaskan bagaimana anda mengukur
min suhu maksimum dan suhu minimum. [5 ]
1. Lokasi
kajian/nama sekolah
2..Alat
Termometer Sixes
3. Dapatkan
bacaan suhu maksimum dan suhu minimum
Kaedah
mengukur suhu maksimum dan suhu minim umm di stesen kaji cuaca SMK Labu
Besar, Kulim
dalam tempoh 24 jam
dalam tempoh 24 jam
Langkah 1 –
Pengukuran suhu dibuat-alat Termometer Sixes-diselaraskan pada suhu
semasa
pada waktu pagi (pada jam 7.30 pagi bertarikh 12 Jun 2008)
pada waktu pagi (pada jam 7.30 pagi bertarikh 12 Jun 2008)
Langkah 2 –
Termometer Sixes diletakkan dalam rumah pelindung Stevenson yang
ditempatkan
di kawasan lapang di stesen mini kaji cuaca sekolah.
di kawasan lapang di stesen mini kaji cuaca sekolah.
Langkah 3 –
Bacaan diambil selepas tempoh 24 jam (pada jam 7.30 pagi,13 Jun 2008).Mencatat
nilai
suhu maksimum dan minimum dalam Termometer Sixes.
suhu maksimum dan minimum dalam Termometer Sixes.
b)
Jelaskan kaedah pengiraan min suhu dan julat suhu dalam tempoh 24 jam
(suhu harian) [10]
Cadangan
Jawapan
Suhu maksimum
pada 13 Jun 2008 = 32˚C
Suhu minimum
pada 13 Jun 2008 = 22˚C
Min suhu
harian = 32 + 22
2
= 27˚C
Julat suhu
harian =Suhu maksimum – suhu minimum
= 32 – 22
= 10˚C
c)
Huraikan perkaitan antara unsur-unsur cuaca
1. Unsur-unsur cuaca di kawasan tersebut sememangnya
saling berkait-suhu,
hujan, sinaran matahari/sejatan,kelembapan bandingan, bahangan solar dan angin
hujan, sinaran matahari/sejatan,kelembapan bandingan, bahangan solar dan angin
2.
Perkaitan
antara suhu, tekanan udara dan angin. Hukum Boyle-suhu tinggi, tekanan
rendah-angin bertiup dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah-boleh dibuat
antara kawasan yang mengalami pulau haba/kawasan bandar dengan kawasan pinggir Bandar
/luar Bandar yang suhunya lebih rendah.

3. Perkaitan antara kelembapan udara, angina
dan hujan. Udara lembap lazimnya-banyak
wap air. Angin bertiup dari kawasan udara lembap/tekanan tinggi ke kawasan udara kering/
tekanan rendah-udara kering memudahkan wap-wap air yang dibawa oleh angin naik ke atas
mengalami penyejukan adiabatik sehingga tepu-hujan turun.

4. Perkaitan antara kelembapan udara dengan
suhu sekitar-% kelembapan udara tinggi/
udara lembap akan menyebabkan suhu sekitar rendah/lebih sejuk berbanding % kelembapan
udara rendah/udara kering, suhu sekitarnya adalah lebih tinggi.
udara lembap akan menyebabkan suhu sekitar rendah/lebih sejuk berbanding % kelembapan
udara rendah/udara kering, suhu sekitarnya adalah lebih tinggi.
Soalan 5
Berdasarkan satu kajian luar terhadap ekosistem hutan semulajadi
pinggir pantai,
a) .Nyatakan komponen biotik dan abiotik di
kawasan tersebut. [5]
Cadangan
jawapan.
Kajian luar
ini dijalankan di Kg. Teluk Bakau, Kuala Muda, Kedah. Ia merupakan sebuah
kawasan
hutan paya bakau .
hutan paya bakau .
Komponen
biotik ialah tumbuhan seperti pokok bakau,parapet dan nipah. Haiwan seperti
ikan
belacak, udang, kerang dan biawak. Komponen abiotik seperti udara,cahaya matahari,tanih lumpur,
air laut dan karbon dioksida
belacak, udang, kerang dan biawak. Komponen abiotik seperti udara,cahaya matahari,tanih lumpur,
air laut dan karbon dioksida
b) Huraikan ciri-ciri tumbuhan di kawasan
tersebut. [6]
Cadangan Isi
Jawapan:
1. Terdiri dari pokok berkayu keras yang hidup subur di kawasan
berlumpur. Pokok ini hidup
di kawasan bersaliran buruk iaitu tanihnya sentiasa menakung air. Ia juga tahan kepada
perubahan pasang surut. Contoh pokok bakau ialah pokok bakau minyak.
di kawasan bersaliran buruk iaitu tanihnya sentiasa menakung air. Ia juga tahan kepada
perubahan pasang surut. Contoh pokok bakau ialah pokok bakau minyak.
2. Pokok bakau
mempunyai silara yang seragam (tidak berlapis). terletak di kawasan.
3. Daunnya
kecil dan masin yang menjadi kegemaran haiwan ternakan seperti kambing.
4. Pokok bakau
mempunyai mempunyai akar ceracak dan akar jangkang. Akar ceracak
digunakan untuk tujuan pernafasan. Akar jangkang yang berselirat mengukuhkan struktur
pokok bakau apabila dilanda ombak kuat atau proses pasang surut yang berulang.
digunakan untuk tujuan pernafasan. Akar jangkang yang berselirat mengukuhkan struktur
pokok bakau apabila dilanda ombak kuat atau proses pasang surut yang berulang.
5. Pokok bakau
mengeluarkan buah. Apabila matang anak benih akin keluar dari bahagian
bawah bawah buah bakau. Apabila buah bakau jatuh anak benih yang berbentuk tajam
dan tercacak ke dalam lumpur. Ini adalah salah satu cara regenerasi pokok bakau.
bawah bawah buah bakau. Apabila buah bakau jatuh anak benih yang berbentuk tajam
dan tercacak ke dalam lumpur. Ini adalah salah satu cara regenerasi pokok bakau.
c) Jelaskan kepentingan ekosistem tersebut
kepada alam sekitar kawasan kajian. [8]
Cadangan Isi
Jawapan:
1. Hutan paya
bakau berfungsi mengekalkan keseimbangan ekosistem. Proses fotosintesis
mengawal
pertukaran gas karbon dioksida dan oksigen. Proses sejatpeluhan yang tinggi menyebabkan
wujudnya kerpasan dan kelembapan yang tinggi.
pertukaran gas karbon dioksida dan oksigen. Proses sejatpeluhan yang tinggi menyebabkan
wujudnya kerpasan dan kelembapan yang tinggi.
2. Hutan paya
bakau menjadi pusat persinggahan beberapa jenis burung migratori. Kejadian
musim
sejuk di kawasan hawa sederhana di hemisfera utara memaksa hidupan jenis ini berhijrah di
hemisfera selatan yang mengalami musim panas.
sejuk di kawasan hawa sederhana di hemisfera utara memaksa hidupan jenis ini berhijrah di
hemisfera selatan yang mengalami musim panas.
3. Paya bakau
menjadi sumber makanan kepada manusia. Ia terdiri dari udang
sotong,kerang dan
ikan yang membekalkan sumber protin kepada manusia.
ikan yang membekalkan sumber protin kepada manusia.
4. Kawasan
paya bakau adalah sumber ekonomi iaitu pokok bakau merupakan sumber bahan
mentah
untuk industri arang kayu. Ia juga adalah bahan utama untuk dijadikan cerucuk untuk pembinaan
rumah. Pokok damar menghasilkan bahan untuk dijadikan pencelup.
untuk industri arang kayu. Ia juga adalah bahan utama untuk dijadikan cerucuk untuk pembinaan
rumah. Pokok damar menghasilkan bahan untuk dijadikan pencelup.
5. Hutan paya
bakau menjadi pusat rekreasi yang menarik untuk kunjungan pelancong asing dan
tempatan.
Pelancong boleh melihat monyet belanda, kelip-kelip di Kuala Selangor atau burung migaratori di Kuala
Gula dan Tanjung Tuan.
Pelancong boleh melihat monyet belanda, kelip-kelip di Kuala Selangor atau burung migaratori di Kuala
Gula dan Tanjung Tuan.
6. Hutan paya
bakau menjadi pusat penyedikan saintifik. Pengkaji datang ke kawasan ini untuk
mengkaji
biodiversiti flora dan fauna di kawasan ini. Kepelbagaian spisies tumbuhan dan haiwan menarik minat
para pengkaji dari luar dan dalam negara.
biodiversiti flora dan fauna di kawasan ini. Kepelbagaian spisies tumbuhan dan haiwan menarik minat
para pengkaji dari luar dan dalam negara.
d)
Bagaimanakah
rantaian makanan di kawasan tersebut terjejas. [6]
1. Penerokaan hutan paya bakau untuk tujuan perusahaan arang
kayu telah memusnahkan pokok
bakau yang berfungsi sebagai pengeluar.
bakau yang berfungsi sebagai pengeluar.
2. Tebusguna
tanah untuk tujuan pertanian dan petempatan telah memusnahkan kawasan paya
bakau.
Kawasan paya bakau ditambak dengan pasir dan tanah untuk dijadikan kawasan perumahan.
Keadaan ini secara tidak langsung men jejaskan rantaian makanan di kawasan terebut.
Kawasan paya bakau ditambak dengan pasir dan tanah untuk dijadikan kawasan perumahan.
Keadaan ini secara tidak langsung men jejaskan rantaian makanan di kawasan terebut.
3. Pembinaan
kolam ternakan ikan di kawasan paya bakau (marinkultur) telah
memusnahkan
kawasan semulajadi pokok bakau. Hutan pokok bakau ditebang dan digantikan dengan kolam
ternakan ikan dan udang,
kawasan semulajadi pokok bakau. Hutan pokok bakau ditebang dan digantikan dengan kolam
ternakan ikan dan udang,
4. Kegiatan
manusia menangkap ikan,ketam dan udang untuk dijadikan sumber makanan
mengganggu
rantaian makanan. Tindakan mengambil tumbuhan seperti pokok parapat dan nipah menjejaskan
rantaian makanan. Ini kerana proses fotosintesis terjejas kerana pokok tersebut membekalkan
oksigen kepada manusia.

Aktiviti perlombongan pasir di pinggir pantai telah menjejaskan rantaian
makanan ekosistem paya
bakau. Contohnya hidupan seperti siput,kerang dan tiram akan terjejas kerana habitat mereka telah
musnah. Aktiviti melombong pasir mendalamkan dasar pinggir laut dan sekaligus menggalakkan
proses hakisan ombak.

SOALAN 6
Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sebuah kolam
:
a)
i.
Nyatakan dua kitar nutrien yang terdapat dalam ekosistem tersebut. [2]
Cadangan jawapan.
Kajian luar ini dijalankan di sebuah kolam ikan di Kg. Ulu Riau,
Sedim, Kulim
Dua kitar
nutrien tersebut ialah kitar oksigen dan kitar karbon
ii. Huraikan salah satu dari kitar nutrien
tersebut. [7]
Cadangan
jawapan.
Kitar oksigen
dalam ekosistem kolam.
1. Kitar
oksigen berlaku melalui proses fotosintesis,respirasi dan pereputan.
2. Dalam
ketiga-tiga proses ini pengambilan,penggunaan dan pengembalian oksigen ke ruang
atmosfera
secara berterusan.
secara berterusan.
3. Semasa
proses fotosintesis yang dijalankan oleh rumpai air,alga dan lumut
oksigen dibebaskan.
4. Semasa
proses respirasi oleh rumpai air,lumut,ikan,labi-labi dan cacing tanah oksigen
digunakan.
5. Proses
respirasi oleh tumbuhan berlaku apabila oksigen diserap oleh liang stomata
daun,liang
litensil pada batang dan akar tumbuhan itu sendiri.
litensil pada batang dan akar tumbuhan itu sendiri.
6. Haiwan
seperti ikan,labi-labi dan cacing tanih menyedut oksigen semasa proses
respirasi melalui
hidung dan mulut.
hidung dan mulut.
7. Semasa
proses pereputan oleh bakteria dan kulat proses pengambilan oksigen
berlaku.
8. Bakteria
dan kulat menggunakan bahan organik dan oksigen untuk mengeluarkan
karbon dioksida
dan menghasilkan nutrien dalam tanah.
dan menghasilkan nutrien dalam tanah.
b) .Jelaskan bagaimana keseimbangan ekosistem
kolam terganggu. [6]
Cadangan Isi
Jawapan
Gangguan terdiri dari gangguan semulajadi dan aktiviti manusia.
1.
Gangguan
semulajadi
i. Banjir
Banjir boleh
menghanyutkan segala hidupan kolam ke tempat lain. Banjir biasanya berlaku
semasa
tiupan angin monsun Timur Laut yang menyebabkan intensiti hujan meningkat secara mendadak. Hujan
yang turun dalam jangkamasa yang lama menyebabkan banjir dan air kolam melimpah keluar membawa
bersamanya hidupan di dalamnya.

ii. Kemarau
Kemarau pula
terjadi apabila hujan tidak turun dalam jangkamasa yang lama. Keadaan
menyebabkan
isipadu kolam menyusut dengan banyaknya dan dalam keadaan kritkal boleh menyebabkan kolam
menjadi kering lalu hidupan di dalamnya mati.
isipadu kolam menyusut dengan banyaknya dan dalam keadaan kritkal boleh menyebabkan kolam
menjadi kering lalu hidupan di dalamnya mati.
2.
Aktiviti
manusia
i. Kegiatan manusia yang sering mengganggu ekosistem kolam
biasanya berpunca dari kegiatan pertanian
di sekitarnya yang menggunakan baja kimia secara berlebihan
disamping turut menyalirkan sisa racun
serangga ke dalam kolam.
serangga ke dalam kolam.
ii. Sektor
perindustrian turut membuang sisa toksik ke dalam kolam. Kilang kimia
seperti kilang baja, cat
dan racun yang dibina berhampiran kolam mengambil jalan mudah dengan membuang sisa buangan
kilang ke dalam kolam.
dan racun yang dibina berhampiran kolam mengambil jalan mudah dengan membuang sisa buangan
kilang ke dalam kolam.
c)
Terangkan
kesan gangguan tersebut terhadap unsur biotik dan abiotik dalam ekosistem kolam
tersebut.[4]
tersebut.[4]
Cadangan
Jawapan
1. Unsur biotik
Unsur biotik seperti rumpai dan ikan akan mati apabila air kolam dicemari
oleh sisa toksik
atau racun
serangga. Sifat air yang berasid dan kurang oksigen akan menyebabkan hidupan dalam kolam mati.
serangga. Sifat air yang berasid dan kurang oksigen akan menyebabkan hidupan dalam kolam mati.
2. Unsur abiotik
Air kolam akan tercemar dan berasid. Kandungan oksigen dalam kolam
berkurangan kerana tumbuhan
kolam telah mati dan tidak menjalankan proses fotosintesis. Saba liknya kandungan karbon dioksida
meningkat kerana tiada tumbuhan untuk menyerapnya untuk proses fotosintesis.
kolam telah mati dan tidak menjalankan proses fotosintesis. Saba liknya kandungan karbon dioksida
meningkat kerana tiada tumbuhan untuk menyerapnya untuk proses fotosintesis.
d)
Cadangkan
langkah-langkah pemeliharaan kawasan kolam tersebut agar
keseimbangan
ekosistem kawasan tersebut dapat dikekalkan. [6]
ekosistem kawasan tersebut dapat dikekalkan. [6]
Cadangan Isi
Jawapan:
1. Salah satu
cara pemeliharaan ekosistem kolam ialah dengan menjalankan pembangunan
lestari.
Sebarang projek pembangunan mestilah dirancang dengan sistematik di mana kawasan industri
hendaklah dibina jauh dari kawasan kolam.
Sebarang projek pembangunan mestilah dirancang dengan sistematik di mana kawasan industri
hendaklah dibina jauh dari kawasan kolam.
2. Pendidikan
sama ada secara formal dan informal merupakan langkah awal yang boleh
memelihara
ekosistem kolam. Generasi muda diperingkat sekolah rendah diterapkan dengan pengetahuan
tentang pemeliharaan alam sekitar melalui subjek kajian tempatan dan di peringkat sekolah menengah
dalam subjek Geografi dan Sains. Secara tidak langsung mereka sedar pentingnya ekosistem kolam
dalam kehidupan manusia.

Kempen juga
boleh dijalan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya ekosistem kolam.
Kempen yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan NGO melalui media cetak dan elektronik
dapat membantu pemeliharaan kawasan kolam.
Kempen yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan NGO melalui media cetak dan elektronik
dapat membantu pemeliharaan kawasan kolam.
No comments:
Post a Comment